Sunday 26 January 2014

HOTWHEELS DISPLAY RACK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu lagi kita. Untuk entry kali ini, aku akan kongsikan projek yang aku buat menggunakan TABLE SAW yang aku DIY sebelum ini.

Projek yang nak dikongsikan ini adalah tempahan dari seorang pelanggan aku. Dia adalah pengumpul kereta mainan Hotwheels. Bagi sesetengah orang, hanya memandang hobi itu hanya hobi budak-budak tetapi sebenarnya kereta Hotwheel boleh menjadi sesuatu yang bernilai bergantung kepada jenis dan kesukaran untuk mendapatkannya. Dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, apa yang dikumpul sekarang akan menjadi sangat berharga dan nilainya akan meningkat sehinggakan di Negara Barat ada yg menjual satu model yang jarang ditemui pada harga RM 72,000. Dah boleh beli kereta betul dah...

Koleksi customer aku ni dah hampir 400 biji tapi semuanya hanya disimpan dalam beg plastik, jadi dia minta aku untuk buat display rack untuk dia display koleksi-koleksi dia. Bagi dia, satu kepuasan bila dapat tengok koleksi dia tersusun cantik kat dinding.

Ok, sudah cerita pasal hobi customer aku ni, jom tengok macam mana aku buat display rack yang dia nak tu.

Ramuan-ramuannya adalah... Ceh.. Macam nak masak la plak...
- Kayu 1 1/2" X 3/4"
- Perspect/acrylic
- Plywood 3mm
- Paku 3/4"
- Skru tajam 3/4"
- Table Saw
- Mesin Drill
- Clamp / Angle Clap / Quick release clamp
- Cat Hitam
- Dan beberapa alatan lain lagi

Ini adalah kayu yang aku gunakan. Kayu ni dah siap di ketam so surface xde la berbulu-bulu.

Step pertama, potong kayu mengikut ukuran menggunakan table saw. Aku buat mengikut drawing yang aku dah sediakan awal-awal lagi tapi terlupa nak ambil gambar drawing tu.

 Proses membelah kayu. Penggunaan table saw memudahkan kerja tapi kena berhati-hati.

Seterusnya proses sanding untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin sebelum mengecat. Aku gunakan mesin sanding orbital.

Proses mengecat. Aku cat dulu sebelum ke proses seterusnya untuk lebih memudahkan kerja.

Inilah proses yang paling effektif dan cepat menggunakan table saw. Slot-slot tu adalah untuk tanggam bila nak pasang nanti.

 Kayu ni adalah untuk frame luar. Slot/longkang tu untuk masukkan perspect/acrylic nanti. Hujung tu dipotong condong 45 darjah untuk pemasangan yg lebih kemas.

 
Proses pemasangan tanggam.

 Pemasangan frame/ bingkai.

 Testing Slot untuk masukkan perspect/acrylic.

 Ok, hampir siap. Tinggal cover belakang ja.

 Cover belakang menggunakan Plywood 3mm.

 Ini adalah produk yang dah siap menunggu customer ambik. Ini 4 unit pertama. Semuanya 8 unit. As of today, semua dah siap & customer berpuas hati sangat.

Gambar yang dikongsi oleh customer selepas siap menyusun sebahagian koleksinya ke dalam display rack yang baru diambil.


Jika ada di sini yang juga pengumpul kereta mainan Hotwheel atau apa saja barangan yang perlukan display rack, boleh hubungi kami. Silat lihat di CONTACT US untuk cara hubungi kami.

Terima Kasih.







Pemasangan Produk DIY dari IKEA

IKEA adalah satu-satunya Pasaraya Perabut yang mengetengahkan konsep DIY ke seluruh rangkaian produk mereka.

Berikut adalah langkah2 dan gambar2 pemasangan Almari Pakaian ANEBODA

Langkah pertama, membuat analisa terhadap risalah panduan pemasangan




Langkah kedua, semak item2 yg dibekalkan
 

Langkah seterusnya, mulakan pemasangan.

Pemasangan kaki almari pada bahagian dasar almari.






Pemasangan sisi almari dgn bahagian dasar



Pemasangan Bahagian belakang almari. Kemaskan dengan paku yang di bekalkan.







Tegakkan Almari dan letakkan di sudut yang dikehendaki.


Mulakan pemasangan door hingers. (Engsel pintu)



Pasangkan Bracket pada bahagian alamari


Pasang stopper yg dibekalkan agar ia dapat menyekat pintu dari masuk kedalam.


Pasang Pintu sebelah kiri dan kanan dan lakukan penyelarasan jika perlu.






Dan ini adalah hasil almari tersebut.


Dukacita dimaklum bahawa pemasangan rak tv dan sofa 3 seater tiada gambar. Juru gambar tidak available.

Harap post ini dapat sedikit sebanyak membantu anda memahami cara pemasangan DIY product ini.
Andai kata cubaan anda menemui JALAN BUNTU, hubungi kami untuk bantuan. 

Kami ada perkhidmatan untuk membantu anda memasang barangan yang dibeli dari IKEA dengan upah yang lebih murah dari yang ditawarkan oleh IKEA.


Oleh;
IZZALEE RAMLI


Tuesday 21 January 2014

HVLP Electric Paint Spray Gun (Video)

Hi, saya just nak share pasal penggunaan spray gun ini. ianya sangat mudah dan cepat. 
namun kena pandai adjust agar tak overspray.

Berikut adalah beberapa video yg saya dapat rakamkan sekitar process mengecat tingkap.



Spray test selepas campur gaul cat dan process membuang 
habuk2 pada surface.


Bagai mana cat melekap pada surface. Seperti kita sedia maklum, 
cat kayu warna putih memang susah nak apply kalau pakai berus cat.


Finishing hasil dari penggunaan HVLP Electric Spray Gun yang sangat membantu.

By : 
Izzalee Ramli



PROJEK : TABLE SAW

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Projek kali ni kesinambungan selepas projek awning dan disebabkan projek ni jugalah awning tu dibuat. Sekarang workstation dah ada walaupun tak seberapa tapi tak kisahlah asalkan ada tempat untuk bekerja. Perkara seterusnya adalah mesin/equipment/tools.


Ada sahabat-sahabat dan orang sekeliling yang tahu aku kaki DIY dan berkemahiran dalam kerja tangan. Secara tak langsung aku telah mendapat tempahan untuk buat sesuatu yang diorang nak. Untuk itu aku perlu tambah dan sediakan beberapa keperluan asas dan timbullah idea nak buat table saw sebab penggunaan table saw akan memudahkan dan mempercepatkan banyak kerja.

Google punya google memang banyak jenis table saw tapi aku cuma perlukan sesuatu yang ringkas untuk mulakan kerja. So perkara pertama yang diperlukan adalah bahan-bahan terutamanya pelakon utama, Circular Saw.

 Aku beli Circular Saw jenis BOSCH. Satu brand yang memang diyakini kualitinya. Harga dalam RM4XX.


Seterusnya untuk working surface. Aku cuma gunakan board dari office table lama untuk attach circular saw tu.


Tapi kemudian aku find out saiz tu terlalu kecik so aku terpaksa tukar. Aku gunakan table top dan buat kaki semua.

 Aku buat kerja-kerja ni waktu malam jadi gambar tak berapa nak clear sangat.

Inilah rupanya sebelum aku attach circular saw. Nampak macam meja biasa je kan. Ini bukan end produk sebab masih ada structure yang perlu ditambah untuk mengukuhkan meja ni. Terlupa pulak aku nak ambik gambar macam mana aku attach mesin tu.

Nampak tak berapa mudahnya untuk buat slot. Ini adalah projek yang ditempah oleh sorang customer. 

Tapi menggunakan mesin ni safety kena jaga. Habuk memang banyak so mesti pakai goggle dan facemask. Yang paling penting jaga tangan sebab kita deal dengan mesin bergigi yang berputar dengan kelajuan tinggi.

Tapi mesin ni masih belum betul-betul complete. Masih banyak upgrading diperlukan kalau nak buat projek-projek yang lebih besar. Tapi ini dah cukup untuk aku siapkan tempahan yang aku dapat dan customer memang puas hati. Aku pun lagi lah puas hati.

Okeh, nanti aku akan kongsikan pulak projek yang aku buat tempahan dari customer tu.

Adios... Majulah ABS untuk Negara.

 


Monday 20 January 2014

PROJEK : AWNING


Sedikit cerita tentang aku sebelum aku berkongsi projek-projek aku. Aku adalah seorang kaki DIY. Minat dan kemahiran dalam bidang kerja tangan tapi sekadar hobi. Mungkin sudah mengalir dalam darah aku warisan dari datuk aku.(Setakat yang aku tahu). 

Datuk aku tukang rumah, bapak sedara aku pun tukang rumah, pakcik aku mekanik. Jadi sampai ke bapak, adik dan aku pun ada kemahiran dalam kerja tangan. 
Projek  paling besar aku setakat ini adalah renovate rumah di kampong. Tambah depan dan belakang semuanya dibuat oleh bapak aku, adik aku dan aku. Hanya kami 3 beranak walaupun mengambil masa yang agak panjang untuk siap, tetapi hasilnya memang memberikan kepuasan maksima.

Okeh, sekarang aku dah duduk di rumah sendiri. Banyak projek dalam kepala tetapi mesti ada permulaan, mesti ada equipment, bahan dan tempat kerja barulah seronok nak berDIY. Belakang rumah aku masih ada kawasan yang luas. Cukup untuk dijadikan workstation tapi masalahnya tak berbumbung. Masalah bila hujan dan nak bekerja waktu malam. So, dipendekkan cerita,bermulalah projek pasang awning. Korang layan je lah proses macam mana aku buat.
Ini la kawasan belakang rumah aku. memang nampak bersepah kan.. Lantak la. Rumah aku. Ada aku kisah. Hehehe... Gurau je, jangan la marah. Alah, Gurau pun tak boleh...
Besi-besi ni aku dapat free dari jiran aku. Dia extend depan rumah dia dan dah tak perlukan awning. Asalnya seketul awning yg siap berwelding, aku grind dan leraikan piece by piece. Panjang ngam-ngam 10 kaki ikut panjang belakang rumah aku sampai ke tembok. L Angle tu aku beli, RM25/10kaki. Saiz 1 inci.
Nampak tak besi dah melintang. Itu main structure. Disebabkan besi yang ada limited, aku buat sebatang-sebatang ja. Selalunya orang akan weld besi support kat bawah tapi aku rasa tak perlu sebab saiz besi tu dah cukup untuk tampung berat atap. Lagipun, aku xde gunakan welding langsung. Semuanya join by skru.
Atap ni panjangnya 10kaki. Harga RM3 sekaki so sekeping RM 30. Untuk cover semua area aku perlukan 9 keping.
Wallah... Dah siap. Tiba-tiba je terus siap kan. Aku terlupa nak ambik gambar waktu proses pasang atap. Proses pasang atap aku buat dengan bantuan bini aku. Dua orang ja. Guna skru yg jenis self-drill. Tebuk lubang guna mesin drill dan skrukan masuk je skru tu.
At last bila hujan masalah timbul. Aku silap beli atap tu. Sepatutnya aku beli 12 kaki panjang, ni 10 kaki ngam-ngam sampai ke dinding. Bila hujan air jatuh atas tembok tu dan tempias ke dalam. End up aku terpaksa beli sekeping lagi, potong pendek-pendek dan jadikan tambahan kat hujung. Anyway aku berpuas hati dengan result awning ni. Sekarang waktu hujan ke malam ke aku boleh buat kerja aku.