Tuesday 21 January 2014

PROJEK : TABLE SAW

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Projek kali ni kesinambungan selepas projek awning dan disebabkan projek ni jugalah awning tu dibuat. Sekarang workstation dah ada walaupun tak seberapa tapi tak kisahlah asalkan ada tempat untuk bekerja. Perkara seterusnya adalah mesin/equipment/tools.


Ada sahabat-sahabat dan orang sekeliling yang tahu aku kaki DIY dan berkemahiran dalam kerja tangan. Secara tak langsung aku telah mendapat tempahan untuk buat sesuatu yang diorang nak. Untuk itu aku perlu tambah dan sediakan beberapa keperluan asas dan timbullah idea nak buat table saw sebab penggunaan table saw akan memudahkan dan mempercepatkan banyak kerja.

Google punya google memang banyak jenis table saw tapi aku cuma perlukan sesuatu yang ringkas untuk mulakan kerja. So perkara pertama yang diperlukan adalah bahan-bahan terutamanya pelakon utama, Circular Saw.

 Aku beli Circular Saw jenis BOSCH. Satu brand yang memang diyakini kualitinya. Harga dalam RM4XX.


Seterusnya untuk working surface. Aku cuma gunakan board dari office table lama untuk attach circular saw tu.


Tapi kemudian aku find out saiz tu terlalu kecik so aku terpaksa tukar. Aku gunakan table top dan buat kaki semua.

 Aku buat kerja-kerja ni waktu malam jadi gambar tak berapa nak clear sangat.

Inilah rupanya sebelum aku attach circular saw. Nampak macam meja biasa je kan. Ini bukan end produk sebab masih ada structure yang perlu ditambah untuk mengukuhkan meja ni. Terlupa pulak aku nak ambik gambar macam mana aku attach mesin tu.

Nampak tak berapa mudahnya untuk buat slot. Ini adalah projek yang ditempah oleh sorang customer. 

Tapi menggunakan mesin ni safety kena jaga. Habuk memang banyak so mesti pakai goggle dan facemask. Yang paling penting jaga tangan sebab kita deal dengan mesin bergigi yang berputar dengan kelajuan tinggi.

Tapi mesin ni masih belum betul-betul complete. Masih banyak upgrading diperlukan kalau nak buat projek-projek yang lebih besar. Tapi ini dah cukup untuk aku siapkan tempahan yang aku dapat dan customer memang puas hati. Aku pun lagi lah puas hati.

Okeh, nanti aku akan kongsikan pulak projek yang aku buat tempahan dari customer tu.

Adios... Majulah ABS untuk Negara.

 


No comments:

Post a Comment