Sedikit cerita
tentang aku sebelum aku berkongsi projek-projek aku. Aku adalah seorang kaki
DIY. Minat dan kemahiran dalam bidang kerja tangan tapi sekadar hobi. Mungkin
sudah mengalir dalam darah aku warisan dari datuk aku.(Setakat yang aku
tahu).
Datuk aku
tukang rumah, bapak sedara aku pun tukang rumah, pakcik aku mekanik. Jadi
sampai ke bapak, adik dan aku pun ada kemahiran dalam kerja tangan.
Projek
paling besar aku setakat ini adalah renovate rumah di kampong. Tambah depan dan
belakang semuanya dibuat oleh bapak aku, adik aku dan aku. Hanya kami 3 beranak
walaupun mengambil masa yang agak panjang untuk siap, tetapi hasilnya memang
memberikan kepuasan maksima.
Okeh, sekarang
aku dah duduk di rumah sendiri. Banyak projek dalam kepala tetapi mesti ada
permulaan, mesti ada equipment, bahan dan tempat kerja barulah seronok nak
berDIY. Belakang rumah aku masih ada kawasan yang luas. Cukup untuk dijadikan
workstation tapi masalahnya tak berbumbung. Masalah bila hujan dan nak bekerja
waktu malam. So, dipendekkan cerita,bermulalah projek pasang awning. Korang layan
je lah proses macam mana aku buat.
Ini
la kawasan belakang rumah aku. memang nampak bersepah kan.. Lantak la. Rumah
aku. Ada aku kisah. Hehehe... Gurau je, jangan la marah. Alah, Gurau pun tak
boleh...
Besi-besi
ni aku dapat free dari jiran aku. Dia extend depan rumah dia dan dah tak
perlukan awning. Asalnya seketul awning yg siap berwelding, aku grind dan
leraikan piece by piece. Panjang ngam-ngam 10 kaki ikut panjang belakang rumah
aku sampai ke tembok. L Angle tu aku beli, RM25/10kaki. Saiz 1 inci.
Nampak
tak besi dah melintang. Itu main structure. Disebabkan besi yang ada limited,
aku buat sebatang-sebatang ja. Selalunya orang akan weld besi support kat bawah
tapi aku rasa tak perlu sebab saiz besi tu dah cukup untuk tampung berat atap.
Lagipun, aku xde gunakan welding langsung. Semuanya join by skru.
Atap
ni panjangnya 10kaki. Harga RM3 sekaki so sekeping RM 30. Untuk cover semua
area aku perlukan 9 keping.
Wallah...
Dah siap. Tiba-tiba je terus siap kan. Aku terlupa nak ambik gambar waktu
proses pasang atap. Proses pasang atap aku buat dengan bantuan bini aku. Dua
orang ja. Guna skru yg jenis self-drill. Tebuk lubang guna mesin drill dan
skrukan masuk je skru tu.
At last
bila hujan masalah timbul. Aku silap beli atap tu. Sepatutnya aku beli 12 kaki
panjang, ni 10 kaki ngam-ngam sampai ke dinding. Bila hujan air jatuh atas
tembok tu dan tempias ke dalam. End up aku terpaksa beli sekeping lagi, potong
pendek-pendek dan jadikan tambahan kat hujung. Anyway aku berpuas hati dengan
result awning ni. Sekarang waktu hujan ke malam ke aku boleh buat kerja aku.
Titanium Block - Games - Titanium Arts
ReplyDeleteBuy titanium flash mica Titanium Blocks for Android titanium exhaust wrap from TITNA Games | Best Titanium Games gr5 titanium on the App Store for FREE or for titanium nose jewelry REAL MONEY ✓ FREE Rating: 4.4 · titanium trim hair cutter reviews 5,990 votes