Wednesday 19 November 2014

CAR DOOR WELCOMING GHOST LIGHT

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Satu Malaysia.

Hahaha... Dah lama sunyi sepi blog ni tanpa apa2 entry. Maafkan aku wahai pembaca semua. Bukan tak ada projek yang nak dikongsikan tapi terlampau sibuk dengan banyak projek sampai tak sempat nk kongsi dalam blog. Tapi takpa, lpas ni aku akan start share satu persatu.

So bermula harini, aku nk share pasal "Car Door Welcoming Ghost Light" atau dalam bahasa saintifiknya Lampu Hantu Penyambut di Pintu. Hahaha,,gurau ja. 
Ghost Light ni adalah satu aksesori tambahan untuk membuatkan kereta kita jadi lebih menarik dan unik. Benda ni macam satu mini projektor yg kita pasang di pintu kereta. Bila buka pintu kereta, logo yg diletakkan dalam projektor tu akan memancar ke jalan/lantai so nampak Wow.. Awesome. Hehehe...

Terdapat 2 jenis Ghost Light ni. Satu yang jenis "Plug and Play" dan satu lagi jenis yg perlu pasang di dalam door trim.


Ada yang rekomen untuk aku gunakan jenis yang "Plug & Play" tapi bagi aku ada beberapa faktor yang aku xsuka dengan model "Plug & Play" ni.

1) Mencacatkan panel pintu dengan benda tambahan yang jelas nampak
2) Menggunakan bateri yang perlu diganti-ganti
3) Tiada kekemasan

Jadi memandangkan aku jenis hands on & tak suka faktor-faktor di atas, aku pilih model yang perlu di pasang dalam door trim walaupun banyak kerja tapi bagi aku kelebihannya;

1) Lebih kemas, projector di bawah door trim & takkan nampak bila pintu dibuka.
2) Power source cuma tap dari lampu pintu. Tak perlu nak tukar2 bateri.


Barang ni aku beli melalui on-line. Web site apa dah tak ingat. Korang google sendiri lah. Dalam satu set tu ada 2 projector & satu bit utk tebuk lubang. Saiz ngam-ngam dengan projektor. Logo bergantung pada pilihan dan selera masing-masing. Aku guna Honda so aku pilih Logo Honda.

Ok, kat sini aku akan kongsi cara-cara untuk pasang bendalah ni.


STEP 1 : Buka Door Trim


Mula-mula sekali kenalpasti kedudukan skru-skru dan buka. Kemudian di bahagian tepi door trim ada lock pin, itu semua mesti di buka. Kemudian buka kabel door handle (ini agak tricky)dan soket wayar lampu pintu. Bila semua skru, lock pin, soket dan kabel dah dibuka, angkat door trim ke atas dan keluarkan, letak tepi.

Di bahagian dalam, buka apa-apa bahagian yang akan menganggu proses untuk tebuk lubang nanti.

STEP 2 : TEBUK LUBANG


Tentukan kedudukan lubang dan tebuk menggunakan bit yang dibekalkan.

STEP 3 : PASANG PROJECKTOR


Buka nut dari projektor dan masukkan projektor dari luar bermula dari wayar. Kemudian kunci projektor dengan nut tadi.

Nampak kan kekemasan dan kedudukan projektor tu. Memang takkan nampak bila door trim dah di pasang balik nanti. 

STEP 4 : WIRING

Untuk step ni terlupa pulak nak ambik gambar tapi wiringnya memang mudah. Cuma ada 2 wayar, hanya perlu kenalpasti yang mana satu life/positive dan earth/negative. Lebih mudah kalau ada test light.

Potong sikit pembalut wayar sampai nampak tembaga didalam dan sambungkan wayar dari projektor ke wayar lampu pintu ikut pole yang betul.

Kemudian balut sambungan tu menggunakan wire tape.

Test ON/OFF pada suis lampu pintu. (kedudukan suis lampu pintu pada frame) Ini untuk pastikan lampu tersebut menyala bila pintu dibuka dan terpadam bila lampu di tutup.

STEP 5 : PASANG SEMULA DOOR TRIM

Lepas semua selesai dan berpuas hati, pasang semula door trim. Proses cuma terbalik dengan proses buka tadi. Jangan sampai ada skru yang hilang sudah.

STEP 6 : NIKMATI HASIL KERJA ANDA


Wallahhh... Siap sudah. Nampak cool kan. Bleh la cakap kat member, "Ko Hado?"... Hehehehe...

Kalau ada yang guna kereta Honda & berminat dengan benda ni, bleh PM/Whatsapp/Telegram aku di 012 369 0610. Ada extra set aku simpan. Memang beli lebih.



Monday 17 February 2014

TUKAR SUIS LAMPU TANGGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi dalam entry yang baru. Projek yang aku nak kongsikan kali ni adalah cara-cara untuk menukar suis lampu tangga pulak.

Rumah aku dah agak berusia jadi suis yang digunakan pun jenis yang lama. Casing dalam pun dah reput jadi tempat untuk skru tu pun dah patah. End-up suis tu ternganga je. Selain buruk mata memandang, benda ni jugak boleh mengundang bahaya. Siapa yang tau kan, jadi litar pintas ke apa ke, so sebelum benda yang tak diingini terjadi, baik kita ambik langkah berjaga2.



So, apa yang korang perlukan untuk menukar suis lampu tangga ni ataupun mana-mana suis atau yang melibatkan elektrik. Dalam kes aku, aku perlukan;
- Test pen - untuk check arus hidup.
- Impact drill - untuk buat lubang skru baru kat dinding. Casing lama dah reput & pecah.
- Wall plug
- Suis baru - ini bergantung, kalau korang punya masih ok, guna balik je. Aku punya dah buruk so ganti baru.
- Last but not least, keberanian.


Ok, first step, kena pastikan mana satu wayar hidup dengan menggunakan test pen. Hati-hati, jangan sampai kena short eletrik ataupun wayar bersentuhan.


Lampu tangga yang boleh dibuka/tutup sama ada dari atas atau bawah biasanya menggunakan jenis 2 WAYS 3 GANG. Maksud 3 Gang, ia menggunakan 3 wayar.jadi kena pastikan mana wayar yang ke mana.


Proses seterusnya, cabut suis tu dari wayar. PERHATIAN !!! PASTIKAN SUIS UTAMA DAH DIMATIKAN.


Kalau perasan, yg hitam dalam gambar atas tu adalah casing yang dah reput dan pecah. Mounting untuk skru dah patah. Jadi aku drill lubang kat dinding tu dan masukkan wall-plug.

Proses seterusnya adalah pasang balik suis tapi bila aku pasang, suis tu agak kecik dan nampak lubang-lubang di sekeliling suis tu jadi aku terpaksa buat satu plate untuk cover lubang tu.


Untuk nampak lebih kemas dan menarik, aku cat plate tu. Oh ya, plate tu aku buat dari plywood 3mm tebal. Kenapa ada 2 set. Sebab satu untuk bawah dan satu untuk atas.


Senang nak potong. Last sekali, pasang balik suis tu, hidupkan suis utama dan test. Disebabkan lubang baru tu dalam so aku gunakan skru baru yang lebih panjang.


Nikmati hasil kerja tangan sendiri dengan penuh kepuasan.


Di harap entry projek ni dapat membantu sesiapa yang menghadapi masalah yang seakan-akan sama macam ni.




Monday 3 February 2014

MODERN WALL DEKO FRAME

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama tak update projek, baru balik dari bercuti raya Cina. Nak online pun line internet hampeh so tunggu balik dari cuti la baru nak update post.

Post kali ni aku nak kongsi pasal projek kecik je. Projek geli-geli orang kata. Daripada biar sesuatu barang extra tu terbiar ja, aku recycle balik jadikan something yang berguna.

Projek kali ni memang simple so aku nak post pun dengan cara simple lah. Tak payah nak cerita-cerita panjang.

Aku buat frame ni atau apa saja yang korang panggil menggunakan lebihan kayu yang aku ada dan di balut dengan lebihan kain yang bini aku buat sarung bantal.


Caranya cukup mudah. Buat frame dengan kayu. Ukuran tu bergantunglah, ikut suka tapi aku ikut saiz kain yang tinggal. Lepas tu cuma perlu balutkan kain tu kat frame tadi dan staplerkan. Tapi make sure kain tu ditarik betul-betul cekang, baru nampak kemas.


Wallah... siap dan gantungkan kat dinding ikut susunan yang korang suka. Kalau nak beli kat kedai ni mau beratus jugak habis.


Kalau korang ada lebihan kain yang rasa menarik untuk dijadikan hiasan dinding tu, boleh la try buat macam ni daripada dibiarkan kain tu menyemak je tak terguna. Kalau tak tahu macam mana nak buat, boleh contact aku. Aku boleh tolongkan...

Oklah, setakat ni dulu entry kali ni. Lain kali aku kongsi projek DIY lain pulak.

Wassalam.





Sunday 26 January 2014

HOTWHEELS DISPLAY RACK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu lagi kita. Untuk entry kali ini, aku akan kongsikan projek yang aku buat menggunakan TABLE SAW yang aku DIY sebelum ini.

Projek yang nak dikongsikan ini adalah tempahan dari seorang pelanggan aku. Dia adalah pengumpul kereta mainan Hotwheels. Bagi sesetengah orang, hanya memandang hobi itu hanya hobi budak-budak tetapi sebenarnya kereta Hotwheel boleh menjadi sesuatu yang bernilai bergantung kepada jenis dan kesukaran untuk mendapatkannya. Dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, apa yang dikumpul sekarang akan menjadi sangat berharga dan nilainya akan meningkat sehinggakan di Negara Barat ada yg menjual satu model yang jarang ditemui pada harga RM 72,000. Dah boleh beli kereta betul dah...

Koleksi customer aku ni dah hampir 400 biji tapi semuanya hanya disimpan dalam beg plastik, jadi dia minta aku untuk buat display rack untuk dia display koleksi-koleksi dia. Bagi dia, satu kepuasan bila dapat tengok koleksi dia tersusun cantik kat dinding.

Ok, sudah cerita pasal hobi customer aku ni, jom tengok macam mana aku buat display rack yang dia nak tu.

Ramuan-ramuannya adalah... Ceh.. Macam nak masak la plak...
- Kayu 1 1/2" X 3/4"
- Perspect/acrylic
- Plywood 3mm
- Paku 3/4"
- Skru tajam 3/4"
- Table Saw
- Mesin Drill
- Clamp / Angle Clap / Quick release clamp
- Cat Hitam
- Dan beberapa alatan lain lagi

Ini adalah kayu yang aku gunakan. Kayu ni dah siap di ketam so surface xde la berbulu-bulu.

Step pertama, potong kayu mengikut ukuran menggunakan table saw. Aku buat mengikut drawing yang aku dah sediakan awal-awal lagi tapi terlupa nak ambil gambar drawing tu.

 Proses membelah kayu. Penggunaan table saw memudahkan kerja tapi kena berhati-hati.

Seterusnya proses sanding untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin sebelum mengecat. Aku gunakan mesin sanding orbital.

Proses mengecat. Aku cat dulu sebelum ke proses seterusnya untuk lebih memudahkan kerja.

Inilah proses yang paling effektif dan cepat menggunakan table saw. Slot-slot tu adalah untuk tanggam bila nak pasang nanti.

 Kayu ni adalah untuk frame luar. Slot/longkang tu untuk masukkan perspect/acrylic nanti. Hujung tu dipotong condong 45 darjah untuk pemasangan yg lebih kemas.

 
Proses pemasangan tanggam.

 Pemasangan frame/ bingkai.

 Testing Slot untuk masukkan perspect/acrylic.

 Ok, hampir siap. Tinggal cover belakang ja.

 Cover belakang menggunakan Plywood 3mm.

 Ini adalah produk yang dah siap menunggu customer ambik. Ini 4 unit pertama. Semuanya 8 unit. As of today, semua dah siap & customer berpuas hati sangat.

Gambar yang dikongsi oleh customer selepas siap menyusun sebahagian koleksinya ke dalam display rack yang baru diambil.


Jika ada di sini yang juga pengumpul kereta mainan Hotwheel atau apa saja barangan yang perlukan display rack, boleh hubungi kami. Silat lihat di CONTACT US untuk cara hubungi kami.

Terima Kasih.







Pemasangan Produk DIY dari IKEA

IKEA adalah satu-satunya Pasaraya Perabut yang mengetengahkan konsep DIY ke seluruh rangkaian produk mereka.

Berikut adalah langkah2 dan gambar2 pemasangan Almari Pakaian ANEBODA

Langkah pertama, membuat analisa terhadap risalah panduan pemasangan




Langkah kedua, semak item2 yg dibekalkan
 

Langkah seterusnya, mulakan pemasangan.

Pemasangan kaki almari pada bahagian dasar almari.






Pemasangan sisi almari dgn bahagian dasar



Pemasangan Bahagian belakang almari. Kemaskan dengan paku yang di bekalkan.







Tegakkan Almari dan letakkan di sudut yang dikehendaki.


Mulakan pemasangan door hingers. (Engsel pintu)



Pasangkan Bracket pada bahagian alamari


Pasang stopper yg dibekalkan agar ia dapat menyekat pintu dari masuk kedalam.


Pasang Pintu sebelah kiri dan kanan dan lakukan penyelarasan jika perlu.






Dan ini adalah hasil almari tersebut.


Dukacita dimaklum bahawa pemasangan rak tv dan sofa 3 seater tiada gambar. Juru gambar tidak available.

Harap post ini dapat sedikit sebanyak membantu anda memahami cara pemasangan DIY product ini.
Andai kata cubaan anda menemui JALAN BUNTU, hubungi kami untuk bantuan. 

Kami ada perkhidmatan untuk membantu anda memasang barangan yang dibeli dari IKEA dengan upah yang lebih murah dari yang ditawarkan oleh IKEA.


Oleh;
IZZALEE RAMLI